Telah diriwayatkan oleh Ibnu Abi Malikah daripada Ibnu Juraij daripada Nabi s.a.w. yang telah bersabda:
Artinya: "Barangsiapa ada isteri yang sedang mengandung dan bercita-cita hendak menamakan anak yang masih di dalam rahim itu Muhammad maka Allah Ta'ala akan mengurniakan kepadanya anak lelaki dan jika ada seorang yang bernama Muhammad di dalam sebuah rumah niscaya Allah Ta'ala mengurniakan berkat di dalam rumah itu."
Dan telah berkata Jalilah binti Abdul Jalil kepada Rasulullah s.a.w., "Hai Rasulullah, aku ini seorang perempuan yang tiada mempunyai anak lelaki yang hidup." Jawab Rasulullah s.a.w.:
Artinya: "Engkau bernazarlah kepada Allah bahwa apabila engkau mendapat anak lelaki maka engkau akan namakan budak itu Muhammad."
Maka Jalilah pun membuat demikian, lalu anak lelakinya telah hidup selamat dan baik.