Monday, September 03, 2007

KEZAHIRAN NABI S.A.W.

Kemudian ahli sejarah telah menyebutkan bahwa apabila Abdullah berkawin dengan Aminah maka mereka pun bersatu dan Aminah pun telah mulalah mengandungkan Nabi s.a.w. pada hari Itsnin (dan ada pula ulama' yang mengatakan pada malam Jumaat dalam bulan Rajab, yaitu hari yang pertama di dalamnya dan Aminah telah menzahirkannya pada bulan Rabi'ul Awwal menurut pendapat ahli sejarah yang lebih tepat. Dan lama masa dikandungkan dia s.a.w. itu ialah sembilan bulan menurut pendapat yang sah, tetapi menurut pendapat yang mahsyur pula ialah dua belas bulan.

Maka menurut pendapat yang lebih tepat ialah bahwa Nabi kita s.a.w. telah dizahirkan pada hari Itsnin selepas terbit fajar dan itulah satu waktu yang berkat. Dan ia (s.a.w.) telah dizahirkan di Mekah dan tidak harus kita percayakan lain daripada Mekah itu tempat kezahirannya.

Dan perkara-perkara yang tersebut itu sayugialah diajarkan oleh ibu bapa kepada anak-anak mereka apabila mereka sampai umur 7 tahun, yaitu sudah jadi "mumaiyiz".

Dan Nabi Kita s.a.w. telah dizahirkan dengan keadaannya sudah sedia berkhatan serta juga sudah terpotong pusatnya. Rasulullah s.a.w. sendiri telah bersabda:

Artinya: Setengah daripada kemuliaan yang telah dikurniakan oleh Allah Ta'ala kepadaku ialah aku telah dizahirkan sedia terkhatan dan tidak seorang pun telah melihat auratku.