Friday, April 13, 2007

Dari Penterjemah

Adalah kitab ini yang bernama ‘HEMBUSAN KASTURI’ asalnya disusun di dalam Bahasa Arab oleh Kiayi Agong As Saiyid Muhammad bin Abdullah As Suhaimi, tetapi memandangkan besar faedahnya, lebih-lebih lagi jika diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu sebagaimana sedia maklum, dari itu saya telah membuat demikian muga-muga ia akan mendatangkan faedah sedikit sebanyak kepada pembaca-pembaca sekalian.

Sekiranya didapati apa-apa kesalahan di dalam terjemahan ini daripada Bahasa Arab kepada Bahasa Melayu maka yang demikian ialah karena kesalahan atau kesilapan penterjemahnya, dari itu diharaplah supaya dibetulkan kesalahan itu dengan ikhlas serta dimaafkan si penterjemah yang telah mencoba seberapa yang terdaya dalam terjemahannya.
Terima kasih.





Penterjemah.

Md. Taha Suhaimi.